Semasa

Hujan lebat di Masjid Nabawi

Awal pagi tadi

MADINAH : [VIDEO}

Daripada ‘Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW tatkala melihat hujan, Baginda akan berdoa:

 اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

(Ya Allah, jadikanlah hujan ini bermanfaat)”.

(Hadith riwayat al-Bukhari, no. 1032, an-Nasaie, no. 1532, Ibn Majah, no. 3890, Ahmad, no.23448)

Hujan merupakan kejadian alam yang menjadi proses kitaran kehidupan.

Adakalanya hujan menjadi nikmat yang ditunggu-tunggu, terutamanya pada musim kemarau dan ketika kesulitan mendapatkan air.

Tiada yang lebih berkuasa menurunkan hujan kecuali Allah SWT, yang merupakan nikmat dan juga bentuk kasih sayang  Allah kepada makhluk-makhluknya.

Justeru, Nabi SAW mengajarkan kepada umatnya apabila melihat hujan turun agar berdoa dengan doa ini.

Begitulah yang berlaku di Madinah seperti dilaporkan Twitter pengurusan Masjidil Haram.

Hujan lebat di Madinah berlaku pada awal pagi waktu tempatan lebih kurang pada jam 2:00 pagi tadi.

Twitter @HaramainInfo turut memuat turun beberapa keping gambar keadaan hujan di persekitaran Masjid Nabawi itu.

  • @haramainfo

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button