KemanusiaanSyria

Heliza, Hezwani sebak – hanya dapat lambai rakan misi!

Masih teringat kanak-kanak pelarian Syria

SEPANG: 11 NOV – Sebak – itulah perasaan yang digambarkan oleh Heliza dan Hazwani Helmi saat melihat susuk rakan sukarelawan kemanusiaan menuruni tangga pelepasan antarabangsa lewat malam tadi.
Delegasi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia, seramai enam orang diketuai Ketua Aktivis Kemanusiaannya, (Dr.) Sani Araby Al Kahery, berlepas malam tadi ke Turki.
Menurut Heliza, manakan tidak sebak kerana masih terngiang-ngiang di telinga beliau keceriaan anak-anak pelarian menerima kehadiran aktivis MAPIM.
Rindu? benar kerinduan itu terasa kerana bagi Heliza sejak tahun 2012 beliau dilihat komited dalam tugas kemanusiaan di Syria, dan misi sedemikian sudah sebati dengan dirinya.
Malah mereka melihat dengan mata sendiri, serta berkongsi kesukaran, penderitaan, kelaparan pelarian Syria yang kini menghadapi ancaman pandemik Covid-19 dan juga cuaca sejuk yang sudah pun bermula.
Justeru malam tadi hanya, Heliza dan Hazwani tahu apa rasanya dalam hati mereka di saat melambaikan tangan kepada skuad yang berlepas tanpa mereka, kala ini.
Heliza dan Hazwani Helmi malam tadi hadir di pada pelepasan Misi MAPIM ke Syria.
Turut serta dalam misi ialah Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, Mejar Zul Hanis Zainol serta empat lagi anggota misi yang terlatih.
Sementara itu, menurut (Dr.) Sani dengan keadaan dunia berdepan dengan Covid-19, maka pelbagai perkara dititikberatkan terutama kesihatan petugas yang ingin turut dalam misi termasuk jumlah penyertaan mereka.
Setakat ini, beliau belum boleh memberi ketentuan mengenai penyertaan The Helmi’s namun akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengikut keadaan dan kesesuaian.
Misi MAPIM Malaysia ke Syria bermula semalam atas permintaan agensi wakaf kerajaan Turki, TDF, yang mahu MAPIM mengurus segala projek mega yang telah dirancang sejak tiga tahun lalu serta bantuan kontena yang terbengkalai di gudang.
Walaupun tidak dapat turut serta bagi kumpulan pertama ini, Heliza dan Helmi akan turun padang menyantuni mereka yang memerlukan di seluruh negara termasuk Sabah, bersama aktivis kemanusiaan MAPIM Malaysia.
Baru-baru ini mereka hadir pada gotong-royong pembersihan kawasan banjir di Kampung Abok, Seremban, Negeri Sembilan serta menyantuni mereka yang memerlukan.
* *2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain. Sumbangan boleh dibuat melalui:
ATAU
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066
*365HariAkuUntukUmmah
Kepada yang ingin menyumbang
Anda masih boleh berbuat kebaikkan kerana team RescueSyria MAPIM Malaysia masih memerlukan dana untuk sumbangan terdesak ini. Berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 bina rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 bantuan pendidikan
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
___________________________
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
___________________________
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
ATAU
2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button