Covid19Semasa

Harga siling terkini pelitup muka : RM1/unit

Kerajaan kurangkan beban rakyat

Harga siling terkini pelitup muka tiga lapis kini turun 20 sen menjadikan RM1 pada setiap unit.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi berkata penurunan harga itu dipersetujui kerajaan bagi mengurangkan beban orang ramai, terutama yang terpaksa membeli bagi kegunaan anak-anak.

KPDNHEP juga bersedia untuk menurunkan lagi harga siling pelitup muka dari semasa ke semasa ke paras lebih rendah. Seringgit bagi seunit katanya tidak akan berakhir di sini dan kajian akan terus dijalankan.

Pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak mulai dikuatkuasakan kerajaan sejak  1 Ogos lalu.

“Saya ingin memaklumkan harga tiga lapis pelitup muka akan diturunkan lagi kepada RM1 seunit di peringkat runcit. Maknanya 95 sen di peringkat borong”, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata demikian pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab salan Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen mengenai rasional kementerian meningkatkan harga maksimum topeng muka tiga lapis daripada 80 sen seunit ke RM1.50 seunit.

Jelasnya, susulan arahan mewajibkan pemakaian pelitup muka itu, permintaan terhadap pelitup muka di pasaran meningkat dan menyebabkan pengeluaran pelitup muka ditingkatkan sekali gus memberi kesan kepada penurunan harganya.

Sumber : BERNAMA

*Sertai Channel rasmi telegram MAPIM bagi megetahui perkembangan terkini, isu semasa dan kerja peduli ummah dalam dan luar negara di  https://t.me/MapimMalaysia

MAPIM melancarkan tabung kilat bagi bantuan kecemasan untuk mangsa letupan di Beirut, Lubnan. Klik https://toyyibpay.com/Beirut-Emergency-Relief-Fund bagi menyatakan keprihatinan anda atau deposit ke TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM Nombor Akaun Maybank 5622-6354-0066.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button