PalestinSemasa

Kanak-kanak 13 tahun mangsa tembakan tentera Zionis

GAZA : Rejim ZIonis melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan terdiri daripada  warga Palestin di sempadan Gaza, semalam.

Dilaporkan, 24 cedera termasuk kanak-kanak berusia 13 tahun berada dalam keadaan kritikal ekoran tembakan kena  tepat di kepala.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, daripada  24 cedera, 10 daripadanya adalah kanak-kanak.

Tentera rejim mendakwa ratusan penduduk palestin berkumpul di sepanjang pagar sempadan.

Sebelum ini, Hamas mengajak penduduk Palestin berhimpun tunjuk perasaan bagi memperingati peristiwa pembakaran Masjidil Al-Aqsa, 52 tahun lalu.

Perhimpunan ini merupakan protes terbaharu selepas tiga bulan Israel dan Hamas mencapai gencatan senjata.

Agensi

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button