Semasa

Hajat bawa 126kg musang king ke Arab Saudi, gagal!

Letak dalam 7 bagasi

SEPANG: Hajat membawa keluar 126 kilogram musang king ke Arab Saudi, yang diletak dalam tujuh bagasi tidak kesampaian.

Semua 280 paket durian musang king itu dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Selangor dengan kerjasama Polis Bantuan Malaysia Airports, jam 12:30 tengah hari kelmarin.

Susulan itu seorang warga tempatan ditahan.

Pengarah MAQIS Selangor, Dr Tarmisal Alimin, berkata 280 paket durian yang dianggarkan bernilai RM22,400 itu dimuatkan dalam tujuh bagasi dipercayai cuba dibawa ke Riyadh, Arab Saudi.

“Semua durian itu dirampas kerana tiada permit eksport dan sijil fitosanitasi yang sah.”

280 paket durian musang king diletak dalam 7 bagasi gagal dibawa keluar selepas dirampas MAQIS dan pihak berkuasa Malaysia Airports Bhd. Pic : Ihsan BH / MAQIS

“Perbuatan mengeksport keluaran pertanian tanpa permit yang sah adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 11 (2), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728],” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum mengikut Seksyen 11 (3), di bawah Akta sama, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali.

MAQIS katanya, sentiasa mengambil langkah serius dalam isu membabitkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri pertanian negara.

  • Muhammad Arshad Bin Azmi (pelatih UiTM)

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button