DuniaPendidikan

Guru warga Amerika Syarikat sokong Israel ditamatkan khidmat

Cetus kemarahan ibu bapa pelajar

DUBAI : Sebuah sekolah swasta berpusat di Kuwait telah menamatkan perkhidmatan kepada seorang guru wanita warga Amerika Syarikat, setelah dia menyatakan sokongannya kepada Israel yang menyerang Gaza.

Pentadbiran Pendidikan Khas mengeluarkan keputusan membatalkan keizinan guru Amerika bekerja di sekolah swasta itu kerana menunjukkan perasaan simpati dengan Israel di media sosial beliau.

Kejadian tersebut mencetuskan kemarahan ibu bapa dan pihak berkuasa kerana memintas peraturan dan melanggar keputusan yang berkaitan dengan menjauhkan urusan pendidikan daripada sebarang pendapat yang tidak berkaitan dengan pendidikan.

Pentadbiran Pendidikan Khas telah memulakan prosedur penyiasatan dan menghantar surat kepada pentadbiran sekolah untuk menjalankan siasatan kepada guru tersebut dan menghantar laporan terhadap kejadian itu, terutama sejak beberapa peraturan dan keputusan menghalang keputusan institusi pendidikan daripada terlibat dengan hal politik.

Sumber memberitahu sekolah swasta di mana guru yang berkerja itu telah mengambil inisiatif untuk menamatkan perkhidmatan guru secara langsung.

Menurut pentadbiran pendidikan khas, guru tersebut telah diletakkan di senarai hitam ‘blacklist’, di mana ia menghalang beliau daripada mengajar mana-mana sekolah di Kuwait, terutama sekolah kerajaan.

Oleh: Muhammad Nasrul Haqim bin Mohd Nasir – Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi

Related Articles

Back to top button