Covid19Pendidikan

Guru perlu diutamakan terima vaksin Covid-19 – UNICEF

Selepas petugas barisan hadapan, golongan berisiko

NEW YORK:Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Henrietta Fore berkata bahawa guru harus menjadi antara golongan yang diberikan keuamaan untuk memperoleh vaksin COVID-19.

Penutupan sekolah telah menjejaskan pembelajaran hamper 90 peratus pelajar di seluruh dunia ketika kemuncak gelombang pertama pendemik itu pada akhir April lalu, kata UNICEF.

“Pendemik COVID-19 telah menyebabkan pendidikan kanak-kanak di seluruh dunia menjadi kacau-bilau. Jadi, Langkah penting untuk mengembalikannya ke landasan adalah dengan memvaksin guru.

Henrietta Fore, Pengarah Eksekutif UNICEF pic: UNICEF

“Guru harus diberikan keutamaan untuk memperoleh vaksin COVID-19 sebaik saja petugas kesihatan di barisan hadapan dan golongan berisiko tinggi sudah divaksin.

“Ini akan membantu melindungi guru daripada jangkitan virus berkenaan, sekali gus membolehkan mereka mengajar secara bersemuka dan sekolah terus dibuka,” ujar UNICEF dalam satu kenyataan.

pic:hiasan

Menurut UNICEF, Ketika ini kelas masih tutup kepada hamper satu bagi setiap lima pelajar sekolah di seluruh dunia atau 320juta kanak-kanak.

“Semakin lama kanak-kanak tidak bersekolah, semakin kecil kemungkinan mereka akan kembali, dan semakin sukar untuk ibu bapa mereka kembali bekerja,” katanya.

-olahan Muhammad Arshad Bin Azmi – (Pelatih Fakulti Animasi UiTM).

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button