Covid19DuniaSemasa

Greta of India korbankan wang simpanan tolong negara sendiri

Licypriya Kangujam beli 100 mesin oksigen untuk pesakit Covid-19

NEW DELHI – Tatkala negaranya dilanda gelombang kedua pandemik Covid-19, seorang aktivis kanak-kanak, Licypriya Kangujam atau lebih dikenali ‘Greta of India’ sanggup berkorban wang simpanannya untuk membeli 100 mesin oksigen kepada pesakit Covid-19.

Menerusi laporan The India Times, Kangujam menerusi ciapannya di Twitter telah menempah 100 mesin oksigen dengan nilai 50,000 rupee (RM2,763) setiap satu.

Dia sedaya upaya membantu negaranya dengan membelanjakan wang simpanan sendiri selain memohon orang ramai untuk menderma dan menyelamatkan ribuan nyawa yang hilang akibat kekurangan bantuan pernafasan.

 

“Saya juga sedang mengumpul lebih banyak dana daripada anugerah yang diterima tahun lalu. Mari mendoakan yang terbaik. Hanya 100 mesin oksigen tidak mencukupi. Mohon sumbangan untuk menolong saya membeli lebih banyak. India sedang nazak,” – Licypriya Kangujam

Sementara itu, Licypriya turut merayu kepada kerajaan Taiwan dengan menghubungi Menteri Luar, Joseph Wu untuk membantu India menangani krisis kesihatan terburuk terutama dalam kekurangan oksigen.

Joseph dalam kenyataan balasnya memberitahu pihaknya akan sedaya upaya membantu rakyat India.

Susulan itu, Taiwan mengumumkan negara itu akan menghantar 150 mesin oksigen ke India minggu dan berjanji akan menghantar lebih banyak lagi bantuan selepas itu.

Lipcypriya turut menggalakkan orang ramai di mana ibu bapa mereka yang sudah pulih daripada Covid-19 supaya tidak lupa menanam sekurang-kurangnya 20 pokok untuk membekalkan oksigen semula jadi.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button