Semasa

Giliran Kuala Selangor alami gangguan bekalan air Isnin ini

Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Sireh henti tugas

KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 kawasan di Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual, mulai jam 9.30 pagi, Isnin ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Elina Baseri, menjelaskan kerja-kerja penggantian injap akan dilaksanakan sepanjang tempoh henti tugas berkenaan.

Katanya, pelaksanaan itu bagi membolehkan loji beroperasi dengan lebih cekap dan memastikan semua peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik serta optimum.

“Penambahbaikan infrastruktur loji ini juga adalah sebahagian usaha Air Selangor untuk meningkatkan kualiti demi keselesaan pengguna pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Elina berkata tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan bergantung terhadap jarak lokasi premis pengguna dari LRA Sungai Sireh, selain tekanan air pada sistem agihan.

Sehubungan itu, katanya, Air Selangor menasihatkan pengguna yang terjejas untuk menyimpan bekalan secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual berkenaan.

“Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300,” katanya.

28 kawasan yang terjejas

1. Bagan Tengkorak

2. Jalan Ban Canai

3. Jalan Kunci Air Buang

4. Kampung Ampangan

5. Kampung Haji Razali

6. Kampung Melaka/ Kampung Kilat

7. Kampung Pinang

8. Kampung Seri Tiram Jaya

9. Kampung Sungai Burong 1 Parit 1 – Parit 4

10. Kampung Sungai Kajang

11. Kampung Sungai Tengi Kiri (Pekan Tanjung Karang)

12. Kampung Tok Adam

13. Kampung Ulu Tiram

14. Lorong Bahagia

15. Parit 1 Sungai Burong

16. Seluruh kawasan Sawah Sempadan Blok A – Z

17. Sungai Burong Sawah Parit 1 – Parit 4

18. Sungai Sireh Lorong 1 – 23

19. Taman Desa Jaya

20. Taman Kopema

21. Taman Radin Jaya

22. Taman Sri Bakti

23. Taman Sri Desa

24. Taman Sri Jaya

25. Taman Sri Setia

26. Taman Sri Tanjong

27. Taman Tanjung Karang/ Taman Ria Min/ Taman Ketam

28. Taman Wawasan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button