Semasa

Gerhana bulan penuh kembali !

Malaysia berpeluang alami gerhana bulan penuh

KAJANG : Fenomena gerhana bulan penuh akan dialami seluruh rakyat Malaysia pada Rabu (26 Mei 2021) bersamaan 14 Syawal 1442 hijrah.

Gerhana bulan atau dikenali sebagai Super Flower Blood Moon dapat dilihat secara keseluruhan di timur Australia, New Zealand dan Kepulauan Pasifik, termasuk Hawaii.

Fenomena ini berlaku apabila bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi (perigee) dengan jarak 357,309 km.

Gerhana akan mula kelihatan di ufuk timur, selepas terbenamnya matahari atau selepas Maghrib.

Gerhana akan berakhir pada jam 8:52 malam. Masyarakat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut ketika ia telah mencapai fasa gerhana separa bagi penduduk di Sabah dan Sarawak.

Manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya kelihatan ketika fasa gerhana telah maksimum.

Seluruh umat Islam disyariat untuk mendirikan solat sunat gerhana bulan (solat sunat Khusuf) selepas solat fardu maghrib.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan gerhana bulan penuh ini bersama Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.



Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button