DuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Gaza diserang bertalu-talu !

Rumah lenyap dibom saat terjaga dari tidur

BANDAR GAZA: [KEMASKINI] 50 serangan dilontarkan di kawasan sekitar Gaza dalam masa sejam.
Jurucakap  Cinta gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri di Palestin memaklumkan ramai saudara kita di sana terjaga dari tidur dengan batu-batuan di atas kepala akibat dari bedilan bom Zionis.

Ramai yang dikejutkan di tengah malam dan mendapati rumahnya telah roboh di atas kepalanya. Ramai yang celik dan mendapati kedai tempat dia bekerja dan diusahakan berpuluh tahun kini menjadi abu. Ramai yang bangun untuk dimaklumkan ada ahli keluarganya telah syahid. – Nadir Al-Nuri

Pada masa yang sama, dilaporkan jumlah mangsa pembunuhan besar-besaran Zionis di Jalan Wehdah sekitar pagi tadi mengorbankan seramai 33 syuhada’ yang terdiri daripada 12 wanita dan lapan kanak-kanak.

Tangan syuhada’ yang cuba digapai anggota penyelamat ketika rumahnya musnah dibom Zionis
Sementara itu, menurut Nadir, ketika keadaan hiruk-pikuk itu seorang wanita menghantar satu pesanan ringkas meminta sahabatnya menyelamatkan dirinya. Namun, ajal menemui dirinya dan empat ahli keluarga yang lain syahid dalam perjuangan mempertahankan bumi tercinta.
Sayu mengiringi pemergian beliau ketika kelihatan telefon bimbit masih digenggam erat di tangan.
Hasrat untuk hidup amat kuat namun Allah lebih menyayanginya.
Israel melancarkan serangan bertalu-talu di beberapa bahagian di Kota Gaza yang disekat pada Isnin, menurut wartawan Agensi Anadolu.
Pesawat perang Israel mengebom banyak sasaran di selatan, barat, dan utara Gaza pada waktu malam, lapor wartawan.
Menurut saksi, beberapa kawasan milik pejuang Palestin, ladang pertanian, jalan raya, dan infrastruktur menjadi sasaran serangan itu. Beberapa pusat keselamatan di selatan dan barat kota diruntuhkan. Serangan itu menyebabkan kerosakan besar pada banyak bangunan, rumah, dan jalan. Bekalan elektrik turut terputus di kawasan berdekatan sasaran, kata mereka.
Angka kematian akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza pada Ahad meningkat kepada 197 orang, termasuk 58 kanak-kanak dan 34 wanita.
Kapal perang Israel yang ditempatkan di laut juga melepaskan tembakan ke pantai Gaza. Belum ada kenyataan yang disiarkan mengenai sasaran berkenaan.
Sementara itu, sayap ketenteraan gerakan pejuang Palestin, Briged Ezzeddin al-Qassam, mengatakan serangan Israel terhadap orang awam dibalas dan mereka membedil roket ke bandar Beersheba dan Ashkelon, dan juga menyasarkan beberapa kawasan penempatan.
Angka kematian akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza pada Ahad meningkat kepada 197 orang, termasuk 58 kanak-kanak dan 34 wanita, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Jumlah yang cedera mencecah 1,235 orang, sementara puluhan bangunan musnah atau rosak. Ketegangan baru-baru ini yang bermula di Baitulmaqdis Timur pada bulan Ramadan merebak ke Gaza setelah kumpulan pejuang Palestin di sana berikrar untuk membalas serangan Israel di Masjid Al-Aqsa dan Sheikh Jarrah jika serangan mereka tidak dihentikan.- BERNAMA
________________________
Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.
MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button