Banjir

EU sumbang RM300,000 bantu banjir Pahang dan Johor

Malaysia rakam terima kasih

PUTRAJAYA : Malaysia menyatakan penghargaannya terhadap Kesatuan Eropah (EU) yang menyumbang RM300,000 bagi membantu mangsa banjir terjejas di negara ini, khususnya di Johor dan Pahang.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Malaysia akan sentiasa mengenang kebaikan EU yang memberi sumbangan ketika negara ini memerlukan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong menyampaikan ucapan terima kasih berkenaan melalui satu hantaran dimuat naik pada laman sesawang Facebooknya.

“Inilah kebaikannya apabila negara kita dihormati. Di kala susah atau senang, akan ada saja rakan sentiasa bersama-sama kita.

Pada 12 Januari lalu, media melaporkan, sebanyak 206 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Pahang bagi menempatkan 20,823 orang daripada 5,702 keluarga mangsa banjir yang terjejas, manakala 3,612 orang daripada 1,001 keluarga di Johor turut terjejas banjir.

Foto: Raja Jaafar Ali (KOSMO!)

EU dalam satu kenyataan semalam, berkata bantuan itu untuk komuniti paling teruk terjejas akibat banjir dan ia dapat dimanfaatkan 5,000 penduduk di kawasan teruk dilanda banjir di Johor serta Pahang.

Kenyataan itu juga menyebut, dana itu membantu Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dalam mengagihkan bantuan kepada komuniti baling terjejas, yang membolehkan mereka mendapatkan keperluan asas dan mengurangkan bebanan hilang pendapatan akibat banjir.

Kit kebersihan juga akan diberikan bagi memastikan akses kepada bekalan air bersih dan amalan kebersihan yang baik.

Ia juga menyebut, bantuan itu sebahagian sumbangan kesatuan itu kepada Dana Kecemasan Bantuan Bencana (DREF) kendalian Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC).

*MAPIM mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai untuk bantuan-bantuan berikut:

– 10,000 kotak bantuan makanan
– 10,000 kit kebersihan diri
– 10,000 kit solat
– Food Truck 500 Makanan Panas untuk petugas dan mangsa (3 kali makan – pagi/tengah hari / malam setiap hari kepada barisan hadapan/ mangsa)
– Double-Decker Mobile Clinic untuk merawat mangsa dan mereka yang memerlukan
– Double-Decker bas membawa 80 aktivis MAPIM
– Pasukan pasca banjir untuk membersihkan kawasan/rumah
– Bantuan lain mengikut keperluan semasa di lapangan

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button