DuniaKemanusiaan

Eksport senjata api Jerman ke Arab Saudi dirunding semula Disember

Riyadh dakwa Berlin tidak adil henti pemasaran

ARAB SAUDI: Larangan mengeksport senjata api ke Jerman diramal akan dibincang kembali, berkemungkinan pada Disember ini.

Menteri Hal Ehwal Luar, Adel al-Jubeir berkata Jerman tidak adil menghentikan eksport senjata api itu ke Riyadh hanya kerana terbabit dengan krisis di Yemen.

“Saya fikir yang menghentikan pemasaran senjata api kepada Arab Saudi kerana perang di Yemen adalah tidak logik” – Adel al-Jubeir

Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir REUTERS/Ahmed Yosri

Arab Saudi mengkritik larangan penghantaran eksport Jerman sebagai perkara yang salah serta ‘tidak masuk akal’ dan juga berkata tidak memerlukan senjata ketenteraan Berlin.

Beberapa negara Eropah sebelum ini telah menghentikan pemasaran senjata kepada Riyadh selepas negara Saudi itu melancarkan kempen ketenteraan terhadap Yemen pada tahun 2015, sehingga menyebabkan krisis kemanusiaan terjadi dan paling buruk di dunia disifatkan oleh PBB.

“Kami fikir yang keputusan ini salah kerana peperangan di Yemen adalah perang yang benar. Ia sebuah perang kami terpaksa sertai,” tambah al-Jubeir kepada agensi media Jerman.

Tarikh perbincangan berkaitan larangan eksport senjata api itu bakal diadakan pada 31 Disember 2020.

Canselor Jerman, Angela Merkel membuat satu gabungan pada Mac 2018 untuk megharamkan penghantaran senjata api ke negara-negara yang terlibat dengan perang di Yemen.

Berdasarkan laporan penyiar Jerman, Deutsche Welle, sebelum larangan itu, Jerman teleh membuat transaksi  perdagangan pantas bersama kerajaan Arab dengan mengeluarkan 450 juta Euro (lebih dari RM2 bilion) pada suku tahun 2017.

Arab Saudi telah memerangi Yemen sejak Mac 2015 apabila gabungan yang diketuai kerajaan yang kaya dengan minyak ini melancarkan serangan udara mensasarkan pemberontak Iran serta mengembalikan semula sebuah kerajaan bawah pimpinan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi.

“Kami boleh beli senjata dari beberapa negara lain. Kenyataan (Jerman) yang senjata api tidak akan dipasarkan di Arab Saudi tidak ada beza kepada kami, ” –  Adel al-Jubeir.

Beliau juga bertekan bahawa Arab Saudi tidak ada niat untuk menekan Jerman mengenai perkara tersebut.

“Saya hanya maksudkan yang perkara ini hendaklah dilihat daripada perspektif yang seimbang.”

Arab Saudi merupakan pengimport senjata api terbesar di dunia dengan pembelanjaan 16.9 bilion dolar US untuk senjata api pada tahun 2014 dan 2018, berdasarkan Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI) – sebuah badan pemikir pertahanan.

Sekurang-kurangnya ASD $4.9 bilion daripada jumlah itu diberi kepada senjata Eropah.

Kumpulan Hak Kemanusiaan mengkritik Saudi kerana serangan udaranya  yang membunuh orang awam di hospital, sekolah dan pasar.

Mereka mendesak kerajaan Barat untuk menghentikan eksport ke Arab Saudi serta negara-negara yang sekutu dengannya.

Mengikut Lokasi dan Data Peristiwa Konflik Bersenjata, lebih daripada 100,000 orang telah terkorban dalam peperangan tersebut termasuk 12,000 orang awam.

Berdasarkan Program Makanan Dunia dilancarkan PBB, sebanyak 24 juta warga rakyat Yemen memerlukan  bantuan kemanusian, manakala 20 juta orang lagi tidak mempunyai makanan selamat.- Al-Jazeera

Terjemahan untuk UmmahToday oleh Siti Zulaikha Yusri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button