KerohanianSemasa

Duta Jepun ke Malaysia ucap Salam Maal Hijrah dalam bahasa Arab

Diplomasi kulinari kukuhkan industri halal

Selamat menyambut Awal Muharram bagi seluruh rakyat Malaysia.

Duta Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Oka Hiroshi  menyampaikan ucapan itu dalam bahasa Arab, Melayu dan Jepun.

Beliau menyatakan ucapannya selepas menerima kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr. Zulkifli  Mohamad Al-Bakri.

Terdahulu beliau menerima undangan Duta Jepun ke Malaysia di Kedutaan Jepun di Kuala  Lumpur.

Datuk Dr. Zulkifli mengucapkan terima kasih di atas sambutan dan layanan Tuan Yang Terutama Oka Hiroshi, isteri serta rakyat Jepun di Malaysia.

Pertemuan ini dikongsi Datuk Dr. Zulkifli dalam hantaran terbaru Facebook beliau.

Katanya Kedutaan Jepun menghidangkan makanan sepenuhnya yang mendapat Sijil Pengesahan Halal JAKIM.

Pada akhir pertemuan, beliau turut dihidangkan air teh oleh isteri TYT, dalam upacara Minum Teh (chanoyu) yang penuh adab dan falsafah yang tersendiri.

Katanya, pendekatan culinary diplomacy adalah antara pendekatan yang diambil oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebagai mengukuhkan hubungan kerjasama khususnya dalam industri halal.

sumber : FB Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Sebagai membalas layanan dan jamuan yang amat menyelerakan, beliau menyampaikan hidangan Kari Kepala Ikan untuk dinikmati oleh TYT sekeluarga.

Bahagian Halal JAKIM komited untuk terus memberikan kerjasama yang baik demi membangunkan industri halal ke arah yang lebih sistematik dan berdaya saing di peringkat global.

Malah pertemuan ini juga mempererat hubungan di antara Tokyo dan Kuala Lumpur.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button