Covid19

Remaja perempuan 19 tahun antara korban Covid-19

Miliki sejarah anemia

PUTRAJAYA :  14 Jan – Ketika terdapat golongan yang mengambil enteng bahawa Covid-19 hanya mudah dijangkiti oleh golongan tua dan mereka yang berisiko dengan sejarah penyakit berkaitan, ada yang tidak mempedulikan SOP.

Namun kes terbaru  kematian membabitkan remaja perempuan 19 tahun,  mungkin boleh dijadikan iktibar.

Mangsa dikatakan  mempunyai sejarah penyakit anemia ialah salah seorang daripada empat korban COVID-19 pada Rabu (13 Jan).

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), korban yang merupakan kes ke-138,626 itu merupakan kematian ke-563 COVID-19 sehingga kini.

Jenazah beliau telah dibawa ke Hospital Papar, lapor KKM.

Sementara itu, kematian ke-560 melibatkan seorang lelaki berusia 63 tahun di Kota Kinabalu yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Beliau sebelum itu telah dirawat di Hospital Queen Elizabeth sebelum meninggal dunia.

Image

Kes kematian ke-561 pula melibatkan seorang lelaki berusia 77 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung dan gout. Pesakit telah disahkan meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di Kluang, Johor.

Kematian ke-562 juga melibatkan seorang pesakit lelaki yang mempunyai sejarah penyakit. Jenazah pesakit berusia 62 tahun yang mempunyai penyakit asma dan pulmonary tuberculosis itu telah dibawa ke Hospital Tawau.

KKM mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Sementara itu, jumlah dijangkiti Covid-19 dalam negara mencatatkan 2,985 kes pada Rabu (13 Jan) hari ini dengan merekodkan empat kematian baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 144,518 kes dengan kebolehjangkitan sebanyak 32,377 kes.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan bilangan kes sembuh Covid-19 sebanyak 994 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 111,578 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah 2,983 kes.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button