Semasa

Diancam musim sejuk, banjir, angin kencang… apa lagi lepas ini buat pelarian?

Fenomena cuaca terus mengancam kehidupan

IDLIB : [VIDEO] Cuaca tidak menentu membadai perkampungan pelarian dalam negara Syria di barat laut Idlib.

Angin kencang memusnahkan ribuan khemah pelarian. angin bertiup amat kuat dan secara cepat berlaku sejak dua minggu lalu.

Keadaan cuaca terbaru itu menambah derita sedia ada yang dialami pelarian Syria.

“Hasbunallah wanikmal wakeell…” demikian ucapan mereka apabila satu-satunya hartanah sementara ini diterbangkan angin kencang. Tali perlu diregang dan dipahat ke dinding batu mengelakkan rumah tidak beratap, walau sekeping kanvas.

Badan dunia UNHCR juga menyatakan kebimbangan dengan fenomena cuaca di perkampungan pelarian dalam negara berkenaan yang baru saja diancama musim sejuk dan banjir.

Jurucakap Penyelaras UNHCR untuk Syria, Mark Cutts berkata lebih banyak bantuan diperlukan bagi menjaga kebajikan pelarian terbabit selain keperluan sistem saliran dan perparitan yang lebih baik kepada pelarian, khususnya demi kesihatan anak-anak pelarian.

Malah bantuan untuk memperbaiki tempat berteduh perlarian amat diperlukan.

Rangkaian Hak Kemanusiaan Syria, SNHR mengutuk tindakan Rusia dalam penguasaan kuasa vetonya dalam PBB yang melarang kemasukan melalui Salama, di sempadan Turki-Syria kerana menjejaskan pergerakan sukarelawan kemanusiaan.

*MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas ini kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

 

Related Articles

Back to top button