Semasa

Derma darah tujuh hari selepas vaksinasi jika tiada kesan sampingan

KUALA LUMPUR : Pusat Darah Negara (PDN) meminta agar orang ramai menangguhkan aktiviti menderma darah hingga tujuh hari selepas pengambilan vaksin Covid-19 jika tiada kesan sampingan.

Menurut PDN dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook semalam, individu yang menghadapi kesa sampingan ringan setelah menerima vaksin dibenarkan menderma darah selepas tujuk hari sembuh daripada sebarang gejala.

PDN memaklumkan penangguhan aktiviti derma darah ini membabitan individu yang menerima suntikan vaksin antaranya Pfizer-BioNtech, Sinovac dan AstraZeneca.

“PDN sangat menggalakkan penderma darah untuk mendapatkan vaksin Covid-19 bagi melindungi diri dan orang lain. Penderma darah masih boleh menderma darah dlam tempoh antara dos pertama dan kedua vaksin Covid-19,” menurut kenyataan itu.

PDN memaklumkan bahawa maklumat lanjut berkaitan tempoh penangguhan menderma darah bagi pengambilan jenis vaksin Covid-19 lain akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button