Covid19KemanusiaanSemasa

“Demi 8 anak saya…bantu deposit sewa rumah dulu pun cukup!”

Ibu tunggal mahu mulakan hidup baharu

BANTING : Apabila pandemik wabak Covid-19 melanda dunia, hampir seluruh sektor terjejas, apatah lagi bagi golongan yang sememangnya kais pagi makan pagi.

Sebaik mendapat maklumat, gerak kerja Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, bertolak ke Banting Selangor.

Bagi Rosalinda, 35, (bukan nama sebenar) kali ini dirinya sangat terkesan kerana baru sahaja berpisah dengan suami pada awal bulan ini.

Memulakan bicara Roslinda menceritakan kisah dirinya sebagai seorang yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Beliau sebelum ini berniaga secara kecil-kecilan berdekatan sekolah di rumah lamanya dan akan bertatih kembali menampung kehidupan di tempat baharu mereka sembilan beranak.

Beliau yang baru kembali ke rumah ibunya, kini mengangkut barangan sedikit demi sedikit kerana keadaan  PKPB, tidak mengizinkan untuk beliau kerap keluar dari rumah lama untuk berulang alik Morib ke Bangi

Setakat ini, beliau hanya menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor, LZS sebanyak RM600 sebulan.

Beliau terdesak untuk mencari rumah baharu kerana rumah ibunya juga diduduki oleh adik beradik yang lain.

Demi keselesaan dia dan anak-anak, Rosalinda akan menyewa rumah berdekatan rumah ibunya.

Dalam keadaan serba kekurangan, ketika ini apa yang sangat Rosalinda perlukan ialah bantuan bayaran deposit untuk sewaan rumah baharunya.

Menghampiri sesi persekolahan tahun hadapan anaknya juga bakal terganggu emosi kerana terpaksa mengharungi suasana pembelajaran baharu.

Namun, beliau yakin anaknya mengerti sebuah pengorbanan untuk kebaikan bersama setelah melihat penderitaan  di depan mata.

“Cukuplah, saya dah penat, saya mahu dahulukan anak-anak”

Cukup sekadar berkongsi, Rosalinda kini hanya memikirkan penghidupan yang lebih baik buat dirinya dan anak-anak daripada pengalaman yang dialami beliau selama ini.

MAPIM dalam usaha mengumpulkan dana bagi mengurangkan bebanan Rosalinda.

Prihatin anda dirayu bagi memberi ruang untuk kelangsungan kehidupan ummah seperti Rosalinda.



2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain. Sumbangan boleh dibuat melalui:

WWW.BANTUUMMAH.COM

ATAU

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button