Covid19Semasa

Datuk Seri Hajiji Mohd Noor positif Covid-19

Jalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor disahkan positif COVID-19, kata Setiausaha Perhubungan Awam Ketua Menteri Sabah, Effendi Mohamed Sunoh.

Beliau berkata, sebelum ini Hajiji sukarela menjalani kuarantin kendiri beberapa hari yang lalu selepas salah seorang kakitangannya positif COVID-19.

“Walaupun sedang menjalani rawatan, beliau masih menjalankan tugas dan tanggungjawab di tempat rawatan menerusi panggilan telefon dan sidang video,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Effendi turut menjelaskan kerajaan negeri tetap berfungsi seperti biasa.

Semalam, media melaporkan Hajiji menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu secara sukarela dan perkara terbabit disahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong -hmetro

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button