Covid19Semasa

Dah capai 6075 kes, rekod tertinggi sejak pandemik bermula!

Selangor masih kekal jumlah kes tertinggi

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 tertinggi iaitu 6,075 kes berbanding semalam hanya 4,865 kes dengan 47 kematian.

Ini menjadikan jumlah kes hari ini adalah jumlah tertinggi sejak pandemik Covid-19 mula melanda negara Malaysia pada tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah terbabit menyaksikan Selangor masih kekal dengan jumlah kes positif tertinggi iaitu 2,251 kes berbanding semalam 1,743 kes.

“Majoriti negeri pula merekodkan kes tiga angka iaitu Johor, 699 angka; Kuala Lumpur, 660 kes; Kedah, 445 kes; Kelantan, 441 kes; Sarawak, 323 kes; Perak, 220; Terengganu, 203 kes; Negeri Sembilan, 189 kes; Pulau Pinang, 183 kes; Sabah, 160 kes; Pahang, 150 kes dan Melaka, 122 kes.

Semalam, Dr. Noor Hisham mendedahkan Malaysia terus merekodkan peningkatan semula kes positif baharu Covid-19 mencecah 5,000  iaitu 4,865 kes manakala kes sembuh menurun kepada 3,497 kes berbanding semalam, 3,990 kes.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button