Semasa

Daging kerbau beku dibawa masuk tanpa saluran sah

84 tan dari India dirampas

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia, MAQIS negeri merampas hampir 84 tan daging kerbau sejuk beku dalam pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), kelmarin.

Daging tersebut ditemukan ketika pemeriksaan tiga kontena kira-kira jam 4.20 petang.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, rampasan itu dibuat selepas mendapati produk berkenaan tidak mematuhi syarat permit import seperti yang dikeluarkan pihaknya.

“Kita menyita sebanyak 83,988 kilogram daging kerbau sejuk beku bernilai kira-kira RM1 juta itu untuk tindakan selanjutnya.”

“Siasatan mendapati produk itu cuba dibawa masuk ke negara ini dari India tanpa menerusi saluran sah,” katanya kepada pemberita di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) – UTUSAN

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button