Semasa

Cuti umum hari ini, KKM ingatkan orang ramai terus patuhi SOP

Jangkitan Kluster Tawar meningkat , 8 lagi positif semalam

Sempena cuti umum Awal Muharam hari ini, orang ramai dinasihatkan tetap patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) sambil mengamalkan normal dan kebiasaan baharu.

Ramai yang mungkin merancang untuk pulang ke kampung, menziarahi saudara-mara dan rakan termasuk aktiviti merentas negeri serta aktiviti riadah bersama keluarga, namun SOP diharap jangan diabaikan.

Pesanan itu dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan. Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan berhubung perkembangan harian Covid-19.

Menurut  Tan Sri Dr. Noor Hisham, operasi pengesanan dan saringan kes positif masih diteruskan oleh Kementerian Kesihatan.

Semalam, jangkitan Covid-19 bagi Kluster Tawar meningkat kepada 55 kes positif, apabila lapan lagi kes baharu dikesan masing-masing empat di Kedah dan Pulau Pinang.

“Sehingga jam 12 tengah hari semalam, seramai 1,910 individu sudah disaring bagi kluster ini membabitkan 1,560 di Kedah, Pulau Pinang (341) dan Perak (9).

“Setakat ini, 343 individu di Kedah dan 14 individu di Pulau Pinang masih menunggu keputusan saringan,” katanya dalam kenyataan itu.

Bagi Kluster Sala pula, seramai 662 individu di Kedah dan enam individu di Pulau Pinang disaring.

“Daripada jumlah itu, terdapat 11 kes positif dengan semua kes berkenaan dilaporkan di Kedah. Setakat ini, 157 individu di Kedah masih menunggu keputusan saringan.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button