Covid19

COVID-19 : Terus tinggi kekal 4 digit – 3,337

15 kes kematian

PUTRAJAYA  : Malaysia terus merekodkan kes harian Covid-19 empat angka.

Jumlah kes hari ini (14 Jan)  sebanyak 3,337 kes adalah yang tertinggi sejak penularan manakala kes kematian kedua tertinggi selepas 8 Jan lalu iaitu 16 kematian pada satu hari.

Statistik terbaru ini sekali gus menjadikan jumlah kes positif negara sebanyak 147, 855 kes.

Manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 33,989 kes.

Terdapat 195 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 86 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 15 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus menjadi juara negeri tertinggi merekodkan kes positif baharu iaitu 1,036 kes.

Kedua – diikuti Johor, 460 kes; Sabah, 389 kes; Kuala Lumpur, 257 kes; Pulau Pinang, 234 kes; Sarawak, 180 kes, Negeri Sembilan, 169 kes dan Pahang, 113 kes.

Katanya, Negeri lain pula merekodkan purata kes dua angka kecuali Perlis, empat kes.

“Malaysia juga merekodkan kes sembuh sebanyak 1,710 kes yang menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 113, 288 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu jumlah kematian sebanyak 15 hari ini adalah kedua tertinggi sejak minggu lalu, dengan paling muda ialah 24 tahun kerana mangsa menghidap SLE.

15 kematian termasuk 2 bukan warganegara dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 578.
Pada tahun ini atau sehingga 14 hari pada tahun 2021 sahaja 108 kes kematian telah dilaporkan.
KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button