Covid19Semasa

Covid-19 : Pekerja asing wajib jalani ujian saringan bermula 1 Jan 2021

Ditanggung majikan

PUTRAJAYA : Berkuat kuasa 1 Januari 2021, semua majikan diwajibkan untuk memastikan pekerja asing menjalani ujian saringan COVID-19 bagi menangani penularan pandemik itu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata kos bagi ujian saringan itu akan ditanggung oleh majikan.

“Bagaimanapun, bagi pekerja asing yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)  ujian saringan boleh dibuat di klinik yang telah dilantik oleh PERKESO – Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan

Beliau berkata, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit bagi Ujian Pengesanan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 dijangka dikuatkuasakan dalam masa terdekat.

Mana-mana majikan yang gagal mematuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan sewajarnya. – BERNAMA

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button