Semasa

Covid-19 : kes positif turun sikit kepada 489

Sabah dominasi kes baharu

KUALA LUMPUR : Kes baharu penularan Covid-19 hari ini menunjukkan penurunan sedikit berbanding 691 kes semalam iaitu 489 kes positif setakat 12 tengah hari ini.

Malah Kluster Tembok di Penjara, Kedah telah menunjukkan penurunan kes hampir tiga kali ganda kepada 139 kes iaitu meliputi 28.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes hari ini berbanding 394 kes semalam.

Bagaimanapun Sabah hari ini mendominasi majoriti kes dalam kalangan kluster-kluster apabila merekodkan kes tertinggi membabitkan zon-zon merah iaitu 282 kes berbanding 219 kes semalam.

Katanya, sebanyak 74 kes yang telah pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 10,501 kes atau 75.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Dua kes import berkenaan adalah masing masing seorang warga tempatan yang mengembara dari India iaitu dilaporkan di Kuala Lumpur dan warga asing dari Kepulauan Maldives di Selangor.

“Kesemua kes positif dalam Kluster Tembok merupakan kluster terasing dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dan di dalam penjara bermakna mereka terasing daripada masyarakat di luar.

“Selain 15 lagi kes adalah merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah sekali gus menjadikan jumlah kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September lalu bertambah kepada 282 kes,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Daripada 282 kes tinggi yang direkodkan Sabah hari ini, 183 kes daripadanya adalah dikesan daripada kes saringan dalam komuniti.

Seterusnya kata Noor Hisham, sebanyak 71 lagi kes adalah saringan bergejala, 22 kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19,dua kes Kluster Laut, dua kes saringan kemasukan ke hospital dan satu kes saringan rujukan ke hospital makanakala satu kes saringan pra pembedahan dan satu kes saringan tahanan.

Justeru di Kedah, sebanyak 14 lagi kes adalah daripada Kluster Bah Sintok selain daripada 139 kes Kluster Tembok.

Katanya, sehingga hari ini, sebanyak 40 kes sedang dirawat di dalam Unit Rawatan Rapi dan 13 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Selepas merekodkan empat kes kematian semalam tiada pertembahan kes baharu meninggal dunia akibat Covid-19 dilaporkan hari ini sekaligus angka kematian kekal pada paras 141 kes.

-BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button