Covid19

COVID-19 : kes lepasi angka 3,000 tertinggi di Malaysia

KKM syor PKP bersasar semula

KUALA LUMPUR : Kes jangkitan baharu Covid-19 di negara hari ini buat pertama kalinya mencatatkan angka tertinggi iaitu 3,027 kes dan lapan kematian baharu direkodkan.

Kes ini meningkat daripada yang dilaporkan semalam iaitu sejumlah 2,593 kes.
Daripada 3,021 kes hari ini, lebih separuh iaitu 52.2% atau 1,577 kes adalah warganegara manakala 1,444 kes bukan warganegara.

Memetik laporan di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 128,465 kes dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 25,221 kes.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan bilangan kes sembuh Covid-19 sebanyak 2,145 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 102,723 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah 3,021 kes,” – FB KKM

Menurut kenyataan itu juga, terdapat pertambahan lapan kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 509 kes atau 0.41 peratus.

“Sehingga kini, terdapat 142 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 63 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya

Tren kenaikan ini menyebabkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini bersiap sedia, terhadap sebarang lonjakan kes Covid-19 pada minggu-minggu akan datang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata Dr Noor Hisham berkata, bilangan pembiakan asas (R-naught atau R0) jangkitan Covid-19 di Malaysia kini juga meningkat kepada 1.1 walaupun pihak berkuasa mensasarkan untuk menurunkannya kepada 0.5 sebelum ini.

Sementara itu, bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 2,145 kes,  menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 102,723 kes (80.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Gambar – FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)Dalam pada itu, kes sembuh yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 2,145 kes.Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh bertambah kepada 102,723 orang di seluruh negara.

Daripada jumlah kes baharu hari ini, Johor merekodkan kes harian tertinggi dengan jumlah sebanyak 1,103 kes baharu, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan di negeri itu meningkat kepada 9,002 kes.

Perlis merupakan satu-satunya negeri yang tidak mencatatkan sebarang kes COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di negeri itu kekal kepada 47 kes, menurut KKM.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberi peringatan mengenai keadaan wabak Covid-19, dengan mencadangkan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang lebih “disasarkan” untuk mengurangkan tekanan pada sistem penjagaan kesihatan.

Semasa sidang media petang ini, dia berkata sistem penjagaan kesihatan kini sedang berjuang dengan pertambahan jumlah pesakit dan sedang berada pada tahap ‘hampir tenat’ (breaking point) sekarang.

  • Nabil Najwan Zainuri – Pelatih Fakulti Animasi UiTM

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button