Covid19Semasa

Covid-19: Kes baharu positif 25

16 kes import luar negara, 9 tempatan

Kes baharu positif Covid-19 hari ini berjumlah  25 kes dengan 16 kes daripadanya adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara  melibatkan 11 warganegara Malaysia dan 5 bukan warganegara.

Manakala sembilan lagi kes membabitkan penularan tematan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataannya berkata daripada sembilan kes penularan tempatan itu, enam kes adalah daripada Kluster Tawar; dua kes membabitkan pekerja di sebuah restoran di Setapak dan satu kes melalui saringan prapembedahan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Beliau berkata, ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 9,200 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan di negara ini 216 kes.

“Sehingga kini terdapat tujuh kes menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan dua kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Terdapat 2 kes jangkitan dalam negara yang dikesan di kalangan bukan warganegara di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kedua-dua kes ini adalah merupakan saringan rawak di tempat kerja oleh Pejabat Kesihatan Daerah di mana ianya telah melibatkan pekerja kedai makan.

Telah tular di media sosial notis penutupan kedai makan tersebut dan menimbulkan sedikit keresahan di kalangan pelanggan.

Pihak Pejabat Kesihatan Daerah akan menjalankan pengesanan kes secara aktif di mana siasatan lanjut dan persampelan akan diambil.

Kedai makan tersebut telah ditutup buat sementara waktu bagi tujuan pembersihan dan nyahkuman.

Sehingga kini, terdapat 7 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di ICU, di mana 2 kes memerlukan bantuan pernafasan. Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.36 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button