Covid19Semasa

Covid-19 : kes baharu cecah 4 angka!

Sabah kekal tertinggi 889 kes

PUTRAJAYA : Kes baharu Covid-19 hari ini mencecah angka empat angka, – 1,228 kes.

Angka terbaru ini menjadikan keseluruhan kes kepada 25,742 kes setakat Sabtu.(24/10)

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 8,966 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada 1,228 kes baharu yang dilaporkan, 1,217 kes penularan tempatan dan 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Menurut Dr Noor Hisham, Sabah masih kekal mencatatkan kes baharu Covid-19 paling tinggi pada Sabtu iaitu 889 kes.

“Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tujuh kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 221 kes,” katanya pada sidang media petang tadi.

“Sehingga kini, terdapat terdapat 92 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat enam kluster baharu akibat Covid-19 dikesan pada Sabtu.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button