Covid19Semasa

Covid-19 : kembali ke-3 angka, 851

658 kes sembuh

PUTRAJAYA : Kes baharu COVID-19 kembali kepada tiga angka iaitu 851 kes hari ini selepas lima hari berturut-turut mencatat angka lebih seribu kes.

Kes terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 68,020 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan pertambahan kes berkenaan ia menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan di negara ini sebanyak 10,686 kes.

“Selain itu, negeri kedua yang mencatatkan kes harian tertinggi hari ini ialah Sabah iaitu 229 kes atau 26.9 peratus, ia diikuti Johor dengan pertambahan 102 kes baharu bersamaan 12 peratus,” katanya dalam sidang media COVID-19, hari ini.

Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, sehingga jam 12 tengah hari ini terdapat 658 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sudah pulih sepenuhnya di negara ini sebanyak 56,969 kes atau 83.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button