Covid19Semasa

Covid-19 : “Kami dah pakai gelang `pink’! penduduk 3 Zon TEMCO Aman Jaya disaring

11 laluan tikus dikenal pasti dikawal ketat polis

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO)  mula dikuatkuasakan di tiga zon di Amanjaya, Sungai Petani, Kedah bermula hari ini.

Perlaksanaan TEMCO  itu diputuskan hasil Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP, selepas diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Perintah TEMCO berkuatkuasa 12.01 tengah malam tadi, sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan Kementerian Kesihatan (KKM) membabitkan tiga zon di Aman Jaya, iaitu Kenanga, Mawar dan Melur.

PKPD Secara Pentadbiran ini membabitkan 22,360 isi rumah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata,  kawasan yang dikenal pasti sebagai laluan tikus di tiga zon dipasang kawad duri untuk mengelakkan penduduk keluar masuk di kawasan itu.

“Kita dapati kebanyakan laluan tikus ini terletak di bahagian belakang dan tepi kawasan perumahan yang menjadi laluan motosikal dan ada juga laluan kenderaan.

“Walaupun penduduk memberi kerjasama baik, kita tak ambil mudah perkara itu kerana mungkin ada yang cuba cari peluang untuk tidak melalui sekatan jalan raya (SJR).”

Sementara itu, UmmahToday dalam tinjauan di sosial media berhubung perintah TEMCO itu mendapati ada penduduk di luar Amanjaya keliru mengenai kawasan yang diletakkan di bawah TEMCO.

Namun kawasan sebenar yang diletakkan di bawah TEMCO ialah Kawasan Kenanga, Mawar dan Melur.

Sebahagian penduduk juga berkongsi sudah membuat saringan Covid-19 dan memperolehi gelang putih dan gelang pink.

Mereka yang positif dengan perintah itu juga berkongsi maklumat mengenai maksud pemakaian gelang merah jambu dan gelang putih.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button