Covid19KesihatanSemasa

Covid-19 : Bersiap gelombang ke-3!

Kes positif melepasi 200 dua hari berturut-turut, penularan tempatan meningkat

Dua hari berturut-turut  kes jangkitan Covid-19 di Negara ini kembali ke angka tiga digit malah melepasi angka 200.

Pada Khamis jumlah kes positif mencatat 260 iaitu naik sekali ganda daripada kes terdahulu.

Manakala semalam meningkat kepada 287 kes positif jangkitan dan dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, jumlahitu merupakan kes harian tertinggi pernah direkodkan di Malaysia sejak pandemic itu melanda negara ini.

Perkembangan terbaharu tersebut kata beliau menjadikan kes terkumpul kini berjumlah 11,771 kes dengan kes aktif sebanyak 1,540 kes.

Trend peningkatan sedemikian katanya yang dibimbangi Kementerian Kesihatan  (KKM) khuatiri dan diperingatkan hampir setiap hari kepada semua pihak, kerana perkara itu sememangnya selari dengan trend peningkatan jumlah kes dan kematian COVID-19 yang dilihat di seluruh dunia.’

“Kes COVID-19 di dunia pada masa kini mencecah sekitar 34.2 juta kes dan jumlah kes harian menunjukkan kenaikan iaitu sekitar 309,000 kes berbanding sebelumnya kira-kira 302,000 kes,” katanya dalam siding  media perkembangan COVID-19  pada Jumaat .

Beliau berkata tiada kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan  dan jumlah kumulatif kes kematian kekal 136 kes.

Tan Sri Dr Noor Hisham berkata 20 daripada kes baharu semalam merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, menjadikan jumlah kes yang dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 Sept lepas sebanyak 139 kes.

Beliau berkata pecahan kes berkenaan yang dikesan menerusi saringan merangkumi 13 di Selangor, masing-masing dua di Perak dan Negeri Sembilan, serta masing-masing satu kes di Terengganu, Kelantan dan Wilayah persekutuan Labuan.

Memperincikan pecahan kes hari ini, Dr Noor Hisham berkata Kedah menjadi negeri yang merekodkan kes baharu tertinggi iaitu 129 dengan 128 kes melibatkan Kluster Tembok.

Ini disusuli Sabah yang mencatatkan 113 kes baharu merangkumi  52 kes saringan bergejala; 35 daripada kluster Benteng LD dan 15 kes melibatkan Kluster Bangau-Bangau.

Selangor pula mencatatkan 31 kes baharu termasuk lapan daripada Kluster Seri Anggerik dan satu kes melibatkan Kluster Seri Setia, kedua-duanya merupakan kluster baharu.

Turut merekodkan kes baharu dalam tempoh 24 jam lepas ialah Perak dan Terengganu yang masing-masing mencatatkan tiga kes manakala Negeri Sembilan dan Kelantan masing-masing dua kes, katanya.

“Johor, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan pula masing-masing merekodkan satu kes baharu hari ini,” katanya.

Tan Sri Dr Noor Hisham berkata pada masa ini terdapat 22 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan empat memerlukan bantuan pernafasan.

Sepanjang tempoh 24 jam lepas hingga 12 tengah hari 81 kes pulih COVID-19 direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 10,095 kes.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button