Covid19Semasa

COVID-19 :”Bantulah kami untuk bantu anda dan keluarga”- rayunya lagi

Duduk di rumah, kuarantin kendiri, kurangkan pergerakan

PUTRAJAYA :

“Bantulah kami untuk bantu anda dan keluarga”

Hari ini adalah hari pelaksanaan `total lockdown ‘ di seluruh negara. Di samping galakan dan ingatan kerajaan, sosok tubuh figura ini telah sentiasa mengingatkan rakyat Malaysia dari hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan tahun lalu.

Sekali lagi sebelum pelaksanaan PKP1.0 ini bermula, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah  merayu kepada rakyat supaya mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Beliau menyatakan petugas barisan hadapan semakin tenat namun mengigihkan diri demi menyelamatkan nyawa orang ramai.

Pada awal pagi Isnin (31 Mei)  di dalam akaun milik Facebooknya, beliau berkata jumlah kes masih aktif di negara mencatatkan 78,017 kes setakat Ahad.

“Petugas barisan hadapan sudah tenat. Tapi kami masih gagahi demi menyelamatkan nyawa anda. Bantulah kami untuk bantu and dan keluarga” -Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Menurut laporan, semalam jumlah pesakit yang ditempatkan di Unit Rawatan rapi (ICU) merekodkan 846 kes dengan 419 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Beliau turut berkongsi beberapa keping gambar menunjukan suasana di dalam hospital yang memperlihatkan petugas merawat pesakit yang dijangkiti serta pengurusan mangsa korban COVID-19.

Semalam negara mencatatkan penurunan kes harian COVID-19 dengan 6,824 kes dengan pertambahan 67 kes kematian.

Sabtu (29MEI) penularan COVID-19 telah mengejutkan negara dengan kenaikan kes harian 9,020 itu merupakan kes yang tertinggi dicatatkan dalam sejarah semenjak pandemik berlaku. Jumlah kes itu didesak ramai pihak supaya kerajaan melakukan total lock down sekali lagi yang berkuat kuasa hari ini sehingga 14 Jun depan

Oleh: Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan

Related Articles

Back to top button