Covid19DomestikSemasa

COVID-19 : 9,751 kes baharu

PETALING JAYA : Jumlah baharu kes Covid-19 hari ini mencatatkan 9,751 kes berbanding 9,890 kes semalam.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah dalam laman Twitternya, hari ini.

Tiga negeri mencatatkan kes melebihi 1,000 iaitu Selangor dengan 1,796 kes, Sarawak (1,339 kes) dan Kelantan (1,052 kes).

Negeri-negeri lain pula mencatatkan 705 kes bagi Sabah, Johor (864 kes), Kuala Lumpur (313 kes) dan Kedah (578 kes).

Bagi Pulau Pinang pula dengan 632 kes, Perak (643 kes), Negeri Sembilan ( 243 kes) dan Pahang (551 kes).

Bagi negeri lain pula, Terengganu dengan 650 kes, Melaka (244 kes), Labuan (2 kes), Putrajaya (45 kes) dan Perlis (94 kes).

Oleh : A.Azfar

Related Articles

Back to top button