Covid19Semasa

Covid-19 : 9,353 kes jangkitan baharu

Angka tertinggi pernah dicatatkan sejak penularan virus itu di Malaysia

PUTRAJAYA : Kes positif Covid-19 di Malaysia kekal di paras 9,000 apabila sebanyak 9,353 kes jangkitan baharu direkodkan hari ini.

Angka itu juga menjadikan ia kes jangkitan tertinggi sejak penularan kes Covid-19 di Malaysia pada tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penambahan angka itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 827,191.

Katanya, mengikut pecahan negeri, Selangor merupakan penyumbang terbesar dengan 4,2777 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 1,398 kes.

“Melaka merekodkan 835 kes, Negeri Sembilan (638), Johor (399), Kedah (364), Sarawak (352), Sabah (251), Pahang (247), Pulau Pinang (180) dan Perak (145).

“Kelantan mencatatkan 89 kes, Labuan (85), Terengganu (50), Putrajaya (39) dan empat kes di Perlis,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Oleh: Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Aqil Azfar

Related Articles

Back to top button