Covid19Semasa

Covid-19: 7,097 kes baharu hari ini

Malaysia mencatatkan kes melebihi 7,000 dua hari berturut-turut

PUTRAJAYA  : Kes positif Covid-19 sekali lagi melepasi paras 7,000 apabila mencatatkan 7,097 kes jangkitan baharu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara adalah sebanyak 799,790.

Katanya, Lembah Klang mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, dengan Selangor melaporkan 3,119 kes, Kuala Lumpur (1,005), dan Putrajaya (26).

“Selain itu, turut mencatatkan pertambahan kes hari ini ialah Negeri Sembilan dengan 788 kes, Melaka (358), Sarawak (289), Pahang (258), Sabah (244), Johor (224), Kedah (198), Perak (187), Pulau Pinang (140) dan Kelantan (123).” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Tambah beliau, Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 93 kes baharu dan Terengganu (43) manakala Perlis mencatatkan dua kes baharu.

Oleh : Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Aqil Azfar

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button