Covid19Semasa

Covid-19 : 409 sembuh, tertinggi sejak PKP

Kedah dominasi kes sembuh

PUTRAJAYA Sering kali mata semua yang menonton sidang akhbar perkembangan harian Covid-19 negara, jumlah kes baharu adalah yang dinanti-nantikan.

Namun jumlah kes sembuh juga adalah satu perangkaan yang berupaya menilai tahap sistem pengurusan sesebuah negara.

Tercatat, 409 kes sembuh pada Khamis (15/10) yang turut menjadi angka kes sembuh tertinggi pernah berlaku sejak wabak COVID-19 melanda Malaysia pada Mac lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 409 kes sembuh COVID-19 itu sekali gus menjadikan jumlah tertinggi pernah dicatatkan sejak penularan wabak berkenaan di negara ini.

“Sebanyak 409 kes sembuh COVID-19 hari ini sekali gus menjadikan jumlah tertinggi pernah dicatatkan sejak penularan wabak berkenaan di negara ini.”

Jumlah kes sembuh tertinggi pernah dilaporkan di negara ini ialah 350 kes dicatatkan pada Selasa lalu.

Beliau berkata, pertambahan kes sembuh itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 12,014 kes bersamaan 66.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Daripada jumlah kes pulih itu, antara negeri yang mencatatkan kes sembuh ialah Sabah iaitu 111 kes.”

Pecahan kes yang telah pulih Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Kedah (226 kes);

 Sabah (111 kes);

 Selangor (50 kes);

 Terengganu (8 kes) 

Johor (7 kes);  Negeri Sembilan (6 kes); dan 

Pahang (1 kes).

Pada Khamis, kes baharu COVID-19 di negara ini masih kekal tiga angka iaitu sebanyak 589 kes dan Sabah terus mencatatkan kes penularan tertinggi iaitu 304 kes atau 51.6 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan.

Tambahnya, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 18,129 kes.

Tahniah kepada semua petugas kesihatan! Kata Hero Malaysia itu pada laman sosial medianya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button