Covid19Semasa

COVID-19 : 19,733 kes baharu, Sarawak kekal catat kes tertinggi

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday

PUTRAJAYA: Sejumlah 19,733 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan Sarawak kekal menjadi negeri tertinggi tiga hari berturut-turut dengan 3,100 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 1,900,467 kes.

Beliau berkata, selain Sarawak, enam negeri lagi turut mencatatkan pertambahan kes empat angka iaitu Selangor dengan 2,989 kes baharu, Pulau Pinang (2,474), Sabah (2,067), Johor (1,867), Kedah (1,564), Kelantan (1,471) dan Perak (1,319).

“Ia disusuli Terengganu dengan 904 kes, Pahang (700), Kuala Lumpur (537), Melaka (375), Negeri Sembilan (256), Perlis (74), Putrajaya (29) dan Labuan (tujuh),” katanya menerusi Facebook hari ini.

Berita Harian

Related Articles

Back to top button