Semasa

Bintulu-Sarawak juga banjir, tanah runtuh

Bayi antara yang dipindahkan

BINTULU – SARAWAK : Cuaca buruk yang dijadualkan oleh Meteorologi Malaysia di Sarawak telah mula memberi kesan kepada penduduk sejak malam semalam.

Pada Sabtu (27 Nov) anggota bomba Bintulu telah memindahkan mangsa banjir termasuk, beberapa orang bayi ke tempat yang lebih selamat.

Mangsa banjir di Lorong B10 RPR Sibiew, Bintulu dipindahkan pada petang Sabtu.

Pic: @Sarawak_ariktok

Sejumlah 137 mangsa daripada 46 keluarga dibawa ke pusat pemindahan sementara di Stadium Muhibbah oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Operasi pemindahan berlaku sejak malam semalam terutama di kawasan Setinggan Sg. Plan, Setinggan Sg. Sebatang dan Lawasan Kidurong.

Hujan berterusan selama 12 jam mengakibatkan kejadian tanah runtuh memusnahkan beberapa rumah di Bukit Kampung Dayak di Sungai Plan.

Pic : @Sarawak_ariktok

Pic : @Sarawak_ariktok

Rakaman foto dari udara turut dikongsi penduduk Taman Jason, Bintulu bagi menggambarkan keadaan kenaikan air di kawasan mereka sejak pagi semalam.

Pic : @Sarawak_ariktok

Sementara itu, kejadian angin kencang juga dilaporkan di Demak Laut, Kuching, menyebabkan peniaga mengalami kerugian.

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button