DuniaSemasa

China ulangi pendirian berhubung isu Palestin

BEIJING: Penubuhan negara Palestin yang mempunyai kedaulatan sepenuhnya berasaskan sempadan tahun 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara merupakan jalan keluar bagi penyelesaian tuntas isu Palestin.

Demikian kata wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva dan pertubuhan antarabangsa lain di Switzerland, Chen Xu.

Beliau berkata pendudukan ke atas Palestin dalam jangka panjang dan pergolakan yang kerap berlaku telah membantutkan pembangunan sosioekonomi negara itu.

“Ia juga secara serius menjejaskan hak asasi rakyat Palestin“, kata Chen ketika membentangkan pendirian China berhubung isu Palestin dalam sesi ke-53 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) pada Selasa.

Beliau turut menggesa israel supaya menghapuskan segera sekatan terhadap kawasan Gaza.

Masyarakat antarabangsa perlu mempergiat bantuan pembangunan dan kemanusiaan kepada Palestin, menyokong penjaminan hak asasi rakyat tempatan serta melakukan usaha realistik bagi mendorong pemulihan rundingan damai antara Palestin dan israel.

“China menyokong dengan konsisten usaha rakyat Palestin ke arah memulihkan hak dan kepentingan sah, serta proses perdamaian Asia Barat“, tambah Chen.

Menurutnya, China juga komited untuk terus berusaha bagi mendorong penyelesaian isu Palestin secara menyeluruh, adil dan berkekalan dengan secepat mungkin.

BACA JUGA
Abbas harap China bantu perdamaian Palestin-israel

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button