Semasa

KKM nafi grafik tular denda RM1,500 jika tidak ‘check-out’ MySejahtera

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan grafik tular menerusi media sosial mengenai denda RM1,500 akan dikenakan kepada individu sekiranya tidak klik ‘check-out’ atau waktu mendaftar keluar pada aplikasi MySejahtera sebagia indicator daftar keluar meninggalkan mana-mana lokasi atau premis.

Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam kenyataan memaklumkan tiada denda RM1,500 dikenakan kepada individu yang tidak klik ‘check-ou’ pada aplikasi MySejahtera sebagaimana yang dinyatakan grafik tersebut.

“Orang ramai disaran agar tidak berkongsi maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan dalam masyarakat,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan orang ramai perlu sentiasa membuat semakan menerusi media sosial rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.

 

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button