KerohanianSemasa

Contohi sikap, sunnah Rasulullah SAW

Agong zahirkan ucapan sambutan Maulidur Rasul

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Islam.

Ucapan berkenaan dimuat naik menerusi akaun rasmi Facebook Istana Negara, hari ini.

“Rasulullah SAW merupakan pemimpin terbaik sepanjang zaman yang patut dicontohi setiap umat Islam.

Marilah kita bersama mencontohi sikap dan sunnah Rasulullah dalam kehidupan harian kita,” kata hantaran itu. – FB Istana Negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button