Semasa

Congo umum ‘kemunculan semula’ Ebola

Wanita maut setelah menjadi kontak rapat suami yang sembuh

BENI: Pada ketika dunia sejagat sedang memerangi Ebola, di Republik Demokratik Congo, penyakit Ebola disahkan melakukan kemunculan semula.

Menteri Kesihatannya berkata pada Ahad (7 Feb) mengesahkan seorang pesakit baru – seorang wanita, meninggal dunia pada 3 Februari selepas menunjukkan gejala Ebola, di bandar Butembo.

Wanita tersebut adalah isteri kepada seorang pesakit lelaki yang sudah sembuh daripada Ebola.

Kes terbaru ini memadam rekod Congo yang baru saja tiga bulan lalu, mengumumkan negara itu bebas daripada gelombang penularan Ebola yang ke-11.

Virus Ebola pertama kali dikesan pada tahun 1976 dekat Sungai Ebola dan telah meragut nyawa ribuan orang.

Memetik Al jazeera, lebih daripada 70 orang yang mempunyai kontak dengan wanita yang meninggal dunia telah dikesan dan tempat wanita itu pernah lawati juga melalui proses disifentakasi seperti yang dinyatakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO.

Sampel wanita  itu juga telah dihantar ke Kinshasa bagi melakukan pengesahan kaitan dengan wabak terdahulu.

Wabak Ebola ke-11  yang menyerang Congo menular selama dua tahun adalah yang kedua terbesar di dunia dan ketika wabak itu tamat, 3,481 kes, 2,299 maut dan 1,162 terselamat.

Wabak ke-10 Ebola di Congo bermula di Equateur pada Jun 2020, dan merebak ke 12hingga 17 zon kesihatan dengan 120 kes dikesan dan 50 kematian dilaporkan.

Pada Mei tahun lalu, WHO dan Kerajaan Republik itu mengisytiharkan Congo bebas daripada wabak berkenaan.

Dr Matshidiso Moeti, Pengarah WHO Rantau Afrika, berkata kemunculan semula Ebola menyulitkan lagi usaha untuk memerangi virus COVID-19 yang telah menjangkiti 23,600 orang dan meragut nyawa 681 orang di Republik berkenaan.

Kempen suntikan vaksin COVID-19 di negara itu dijadualkan bermula sebelum pertengahan tahun ini.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button