Semasa

Campak budak dari tingkat 4

Berang lepas gagal rogol ibu mangsa

KUALA LUMPUR : Warga kota hari ini dikejutkan dengan kejadian di luar norma kemanusiaan apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dipercayai dicampak dari tingkat empat sebuah apartment di Danau Kota, di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superitenden, Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berlaku pagi tadi dan polis masih menyiasat punca kejadian selain pasukan forensik melakukan siasatan di lokasi kejadian.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Adam Sufi Muhd Norkhusairi, dicampak selepas lelaki itu seorang warga Nigeria berusia 42 tahun, cuba merogol anak tirinya yang juga ibu kepada Muhammad Adam, dalam kejadian sekitar 7.40 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8 pagi dan mendapati suspek cuba merogol salah seorang anak tirinya di ruang tamu.

“Anak tiri mangsa berusia 19 tahun hingga 29 tahun cuba menghalang tindakannya. Suspek yang mula berang, mengamuk dan memukul serta menghentak kesemua mangsa yang ada dalam rumah berkenaan,”

Beliau berkata suspek mula bertindak di luar kawalan selepas melihat anak-anak tirinya menjerit dan meminta tolong orang ramai sebelum mengangkat Muhammad Adam menuju ke tingkap luar bilik utama dan mencampaknya ke bawah.

“Suspek juga kemudian turut melompat keluar melalui tingkat sama namun terjatuh.”

“Dia dapat ditangkap oleh pengawal keselamatan dan orang ramai yang kemudian menyerahkannya kepada polis,” katanya.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button