DuniaKerohanianSemasa

Buku & surat diutus kepada Duta Perancis

The Sublime Qualities of the Prophet Muhammad

PUTRAJAYA : al-Shama’il al-Muhammadiyyah atau The Sublime Qualities of the Prophet Muhammad,  begitulah tajuk sebuah buku terjemahan Bahasa Inggeris yang diserahkan kepada Duta Perancis di Malaysia,

Utusan sebuah buku sebagai hadiah beserta sekeping surat khusus daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, sebagai jawapan Malaysia di atas isu hangat penghinaan Perancis ke atas baginda Nabi Muhammad SAW.

“Saya telah menulis surat khusus berhubung peristiwa terkait karikatur Nabi Muhammad SAW oleh (akhbar satira) Charlie Hebdo, kepada Tuan Yang Terutama Duta Perancis di Malaysia.”

Menurut kenyataan menerusi akaun sosial Facebook rasmi milik beliau, Datuk Seri Zulkifli memaklumkan bahawa ia bersempena dengan bulan Rabiul Awal yang juga bulan kelahiran Rasulullah SAW.

“Bersempena dengan bulan Rabi’ul Awwal yang juga bulan kelahiran Rasulullah SAW, saya hadiahkan beliau sebuah buku bertajuk al-Shama’il al-Muhammadiyyah (The Sublime Qualities of the Prophet Muhammad ﷺ) terjemahan Bahasa Inggeris.”

 

Surat itu katanya dihantar semalam kepada Kedutaan Perancis (di Kuala Lumpur).

Beliau dalam catatan di Facebook hanya memberitahu bahawa Perancis adalah antara negara Eropah pertama yang mengadakan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

“Ia dijalin selepas negara ini mencapai kemerdekaannya pada 1957. Semoga peristiwa ini memberi pengertian besar dalam memaknakan lagi hubungan erat Malaysia dan Perancis,” katanya.

Pada surat rasmi beliau memberitahu bahawa keganasan dan perbuatan melampau bukan contoh di mana-mana agama di seluruh dunia.

“Kami sebagai orang Muslim tidak akan membalas dendam atas kartun provokatif berkenaan dengan cara yang sama atau menunjuk perasaan kebiadapan di secara awam.”

“Kami memegang kuat kepada sabda Rasulullah (SAW), –

Orang yang paling baik di antara kamu adalah orang tidak menghina dengan lisan dan tangannya’.”

Perancis ketika ini menghadapi serangan global susulan komen biadab Perdana Menteri, Emmanuel Macron yang menghina Islam sebagai agama pengganas ekoran kes guru yang dipenggal kepala.

Mangsa dibunuh seorang remaja berketurunan Rusia kerana angkuh dengan memaparkan karikatur Nabi Muhammad SAW ketika dia mengajar subjek Sejarah kepada murid sekolah rendah di ibu kota Paris.

Susulan kejadian, masyarakat Islam di Perancis didiskriminasi sebagai tindak balas terhadap kejadian menimpa guru terbabit.

Setakat ini semua negara Arab teleh pun melancarkan kempen boikot produk Perancis sehingga memberi kesan besar.

Dalam pada itu, Kedutaan Perancis di Malaysia setakat ini belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu surat dan hadiah buku yang diutus oleh Menteri Hal Ehwal Agama itu .

Frederic Laplanche, ditauliahkan sejak tahun 2017, dan pernah berkhidmat sebagai Penasihat Menteri Luar Perancis dalam Hal Ehwal Asia dan pernah menjadi Ketua Jabatan Asia Tenggara, Kementerian Luar.

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button