Semasa

Bukan sahaja kanak-kanak, wartawan juga jadi sasaran tentera Israel

Mahu campur tangan antarabangsa

GAZA :  Kumpulan wartawan mengecam tindakan pihak berkuasa Israel yang memusnahkan bangunan menempatkan beberapa pejabat media di Gaza.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Wartawan Antarabangsa, tindakan tentera rejim mengebom pejabat media adalah tindakan tidak bertanggungjawab.

Malah wartawan dan jurugambar juga menjadi mangsa pukulan, ditangkap dan diancama dalam pertempuran sengit yang belum menampakkkan tanda-tanda untuk reda di Semenanjung Gaza itu.

“Kami menuntut tindakan segera pihak antarabangsa untuk memastikan Israel bertanggungjawab apabila sengaja menjadikan wartawan dan media sasaran mereka.” – Persekutuan Wartawan Antarabangsa

Setiausaha Agung Persekutuan itu, menekankan bahawa masyarakat dunia tidak patut menutup mata terhadap perlakuan teratur yang melanggari hak asasi manusia dan sewenang-wenangnya menjadikan media dan wartawan sebagai sasaran.

“Jangan tutup mata anda dari melihat sikap dan tindakan Israel yang mencabuli hak asasi manusia dan menjadikan kami (wartawan dan media) sebagai sasaran mereka . –  / Setiausaha Agung Persekutuan Wartawan Antarabangsa

Kenyataan itu juga menambah bahawa ketegangan yang semakin sengit di Baitul Maqdis sejak bulan lalu telah menyebabkan seramai 27 orang ahli media profesional ditahan tentera rejim.

Serangan berterusan Israel di Gaza, menggunakan pesawat perang telah memusnahkan bangunan pelbagai tingkat memuatkan puluhan pejabat media.

Setakat ini 83 penduduk Palestin terbunuh dan 487 lagi yang lain cedera, seperti dilaprokan oleh Kementerian Kesihatan.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button