Covid19PolitikSemasa

Bukan Malaysia sahaja, 79 negara lain juga jalankan perintah darurat!

Jepun,Thailand,Sepanyol jalani prosedur sama

KUALA LUMPUR: Ketika Malaysia menjalankan perintah darurat bagi membendung penularan pandemik Covid-19, terdapat juga beberapa negara lain yang menjalankan perintah darurat.

Negara-negara terbabit ialah  Australia, Sepanyol, Perancis, Finland, Indonesia, Filipina, Jepun dan Thailand yang merangkumi pelbagai tahap darurat.

Perintah darurat ini juga turut dikuatkuasakan di 79 buah negara lain menerusi hasil semakan di Pusat Hak Sivil dan Politik (CCPR).

Khuatir dengan pelaksanaan pilihan raya umum yang bakal mencetus gelombang baharu penularan, Itali dan Romania menguatkuasakan perintah darurat di negara masing-masing dan percaturan berkenaan ternyata berjaya membendung penularan jangkitan yang mungkin tercetus susulan pilihan raya umum.

pic: www.hmetro.com.my

Pada 15 Oktober tahun lalu, Kerajaan Perancis telah membuat keputusan untuk menjalankan perintah darurat kesihatan.

pic: www.trt.net.tr

Ia memberikan kuasa kepada pegawai untuk mengenakan tindakan terhadap rakyat yang menginkari perintah tersebut bagi membendung pandemik di negara tersebut.

Di Sepanyol, pihak kerajaan di negara tersebut mengumumkan perintah darurat pada 9 September 2020 di Madrid dek kerana situasi pandemik yang semakin teruk.

Negara Jepun juga melaksanakan perintah sedemikian yang berlanjutan selama hampir 45 hari pada April tahun lalu.

Malaysia mengumumkan perintah darurat politik sehingga 1 Ogos yang bermula semalam (12 Jan) bagi membendung penularan Covid-19 ketika melakukan pilihan raya.

pic: www.nst.com.my
  • Artikel dipetik dari NSTP Press

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button