Covid19Semasa

Britain lanjut perintah berkurung sehingga 17 Julai

England sahaja

LONDON: Kerajaan Britain melanjutkan perintah berkurung bagi memberikan pihak berkuasa tempatan kuasa untuk menutup kelab malam, restoran, kedai-kedai dan ruang awam sehingga 17 Julai depan.

Kadar jangkitan di Britain sudah mencecah paras tertinggi dengan Perdana Menteri Boris Johnson sebelum ini berkata, tindakan melonggarkan peraturan perintah berkurung bukan satu pilihan.

Ini setidak-tidaknya sehingga kerajaan yakin program vaksinasi yang dijalankan membuahkan hasil.

Menurut Reuters, pelaksanaan itu hanya terpakai di England dan sepatutnya tamat pada minggu lalu.

Britain sedang menghadapi gelombang kedua COVID-19, yang lebih buruk berbanding sebelumnya.

Lebih 4,000 pesakitnya kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan sementara lebih 1,300 kematian dilaporkan pada Sabtu (23 Jan).

Perubahan dalam pelaksanaan memerangi coronavirus itu adalah sebahagian kajian semula perintah berkurung kali ketiga di negara itu , yangdinyatakan oleh Menteri Kesihatan, Matt Hancock awal bulan ini, menurut the Telegraph.

Kerajaan Britain kini sedang mengutamakan pemberian dos pertama vaksin COVID-19.

Meskipun demikian, ada kebimbangan sama ada vaksin itu akan tetap berkesan kerana para penduduk perlu menunggu sekitar tiga bulan sebelum mereka boleh mendapatkan dos kedua vaksin tersebut.

Buat masa ini, sekurang-kurangnya 5.8 j uta rakyat Britain sudah diberikan dos pertama vaksin COVID-19.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button