Semasa

Negara Arab mula boikot produk Perancis!

Bantah siaran karikatur Nabi Muhammad SAW

MAKKAH : [VIDEO]  Tindakan biadap Perancis yang membiarkan penghinaan ke atas junjungan Bagina Rasulullah SAW dengan paparan karikatur mencetuskan masyarakat Islam di seluruh dunia.

Beberapa kumpulan perdagangan di negara Arab mula memboikot barangan keluaran Perancis.

Di media-media sosial kempen memboikot Perancis dan keluarannya terus tersebar dengan paparan tanda pagar memboikot Perancis dan sokongan kepada Rasulullah seperti  #boycottfrance #boycott_French_products #ProphetMuhammad.

Muazzin Masjidil Haram, Sheikh Sami Rayes dalam ciapan di Twitter rasmi saluran rasmi Masjidil Haram, Haramain, menggesa masyarakat Islam memboikot rangkaian produk keluaran negara Perancis.

Bantahan dan kecaman ini dikeluarkan kerana sikap negara itu yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Bantahan kedengaran dari seluruh negara Arab, selepas Presiden Emmanuel Macron berikrar tidak akan sama sekali menarik balik sebarang paparan karikatur Nabi Muhammad SAW.

Minggu ini, penghinaan terus dilakukan di Paris dengan paparan karikatur Nabi pada paparan LED di sekitar bandar raya itu.

Di Kuwait banyak pasar raya mula bertindak antaranya Persatuan Kerjasama Alnaeem, rangkaian pasar raya terbesar di negara Teluk, berkata akan menarik balik barangan produk Perancis daripada kedainya sebagai tanda protes terhadap penghinaan ke atas Rasulullah.

Turut mengikuti tindakan itu ialah, Persatuan Kerjasama Eqaila, Persatuan Kerjasama Bandar Saad Al Abdallah, dan Persatuan Pinggiran Tengah hari, yang menunjukkan di media, pekerja mereka memunggah semula barangan keluaran Perancis.

Tekanan terus diberikan ke atas Paris untuk menghentikan penghinaan kepada Baginda serta layanan terhadap masyarakat Islam di negara itu.

Djibouti juga melakukan tindakan yang sama.

Di Palestin, pasar raya di Jenin telah pun mengeluarkan produk dari Perancis daripada rak peragaan barangan mereka dan menggesa orang ramai membuat tindakan yang sama.

Penolakan barangan produk Perancis juga dilakukan di Qatar, Syarikat Tenusu Alwajba dan Syarikat Barangan Pengguna Almeera sedang mencari alternatif kepada produk Perancis.

Universiti Qatar juga menyertai kempen boikot itu, sekaligus menunda Minggu Kebudayaan Perancis yang dijadualkan di institusi itu sebagai protes penghinaan anti-Islam.

Sebahagian peniaga yakin, penyingkiran produk Perancis ini tidak akan menjejaskan perniagaan mereka sebaliknya yakin ada rezeki lain mendatang, daripada bersekongkol menyetujui penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Minggu lalu, Presiden Emmanuel Macron menyerang masyarakat Islam di negara itu dengan gelaran golongan dan mendefinisikan Islam sebagai agama yang berkrisis dalam dunia.

Ungkapan keras beliau ke atas Islam itu susulan daripada provokasi majalah berhaluan kiri Charlie Hebdo, yang mengulang untuk mencetak kembali karikatur Baginda SAW, langsung tidak menghormati perasaan orang Islam.

Media itu juga dipercayai sengaja mencetuskan kebencian dan kemarahan kepada umat Islam di seluruh dunia.

Pertama kali akhbar itu mempersendakan Rasulullah pada tahun 2006 oleh akhbar Denmark, Jylllands Posten, hingga menyemarakkan bantahan sejagat.

 

 

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button