KerohanianSemasaSukan

Bintang `kickboxer; peluk Islam

Rela hati selepas beberapa tahun mendalami Islam

BELANDA : Pada saat beberapa negara di Eropah sedang berdepan dengan Islamophobia ketika ini, agama Islam, addeen Allah itu terus dipilih sebagai pegangan hidup oleh mereka yang bergelar bintang.

Terkini, bintang kick boxer terkenal, Ruby Jesiah Mesu atau dikenali dengan `Lady Tyson’ memeluk Islam.

Perkembangan dirinya  yang kini bergelar muallaf atau saudara baharu itu dikongsi Jesiah dalam hantaran terbaru di Instagram beliau.

Mengikut maklumat yang dinyatakan Jesiah, beliau telah mula mempelajari tentang Islam sejak beberapa tahun yang lalu.

Setelah belajar mengenai agama suci itu beberapa tahun, beliau terpikat mendalaminya.

Tanpa paksaan beliau dengan rela hati memeluk Islam.

Beliau mengucapkan dua kalimah syahadah Ahad lalu di sebuah masjid di Belanda dengan beberapa orang menjadi saksi.

Perkembangan terbaru mengenai  dirinya itu mendapat kata-kata semangat   dan tahniah daripada kebanyakan peminat dan berharap beliau terus dibimbing mengenai Islam.

Ramai selebriti sukan dan dunia hiburan memeluk Islam sejak akhir -akhir ini,

Antaranya Juara Angkat Berat Dunia , Rebecca Koha, Penyanyi Amerika Della Mires, penulis lagu Sinead O’ Connor, serta penyanyi rap dari Perancis, Melanie Georgiades, yang hanya dikenali sebagai Diam’s.

April lalu Wilheim Ott, ahli profesional Mix Martial Arts, MMA, juga memliih untuk Islam sebagai agamanya setelah mendalami mengenai ajaran Islam ketika perintah berkurung dijalankan di Austria.

Semoga Islam terus subur di bumi Allah ini.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button