DuniaPalestin

Biadap! Lutut tentera Israel atas kepala orang tua

Kemanusiaan Hari Ini

TEBING BARAT : UPDATE – Gambar seorang tentera Israel, menekan lututnya di kepala seorang warga emas Palestin tular di media sosial.

 

Khairi Hanoun, dikatakan terbabit dalam demonstrasi di perkampungan Shufah, yang terletak bersempadan di antara Nablus dan Tulkarm, di Tebing Barat.

Dia dilihat memegang bendera Palestin bersama-sama dengan beberapa penunjuk perasaan yang lain, disaksikan oleh sekumpulan wartawan.

 

Dalam satu video yang tular,  Hanoun dikatakan menyentuh seorang tentera Israel, lalu dijatuhkan ke tanah dan ditekan dengan lutut pada masa sama dia telah pun wayar plastik.

Kejadian ini disamakan netizen dengan kejadian lelaki kulit hitam di Amerika Syarikat George Floyd yang meninggal dunia dalam tahanan polis.

Kisah ini juga disiarkan oleh saluran televisyen Palestin, dengan sebahagiannya menularkan tanda pagar #PalestinianLivesMatter.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin Saeb Erakat dalam ciapan di Twitter beliau, menyifatkan perbuatan itu sebagai satu kekerasan.

Manakala HAMAS berkata kejadian seumpamanya ini sering menjadikan ketegangan terus berlaku di Palestin.

Tentera Israel dalam pada itu, mempertahankan tindakan Barisan Pertahanan Israel, IDF, sebagai satu tindakan bagi mereka yang bertindak balas terhadap operasi ketenteraan dan tidak menggambarkan kisah sebenar yang berlaku.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button